Kategori

Sasaran Penulisan

  • Adat Budaya Tawau
  • Galeri Gambar Tawau
  • Makanan Tradisi
  • Permainan Tradisi
  • Tarian Suku Kaum
  • Tokoh Tawau

Pasar Tanjung Tawau

Pasar indoor terbesar di Malaysia, dibina pada Disember 1989 yang memuatkan 6 ribu gerai. Kunjungan ke Tawau tidak akan lengkap tanpa berkunjung ke sini, tanpa membeli buah tangan dari sini.

Taman Bukit Tawau

Taman Bukit Tawau diwartakan sebagai Taman Sabah pada 1979 yang terletak 22 kilometer dari bandar Tawau iaitu kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan darat. Keistimewaan flora dan faunanya memang unik dan di sinilah letaknya pokok tropika tertinggi di dunia.

Ixora Bunga Rasmi Tawau

Sejak 1989, bunga Ixora diisytihar sebagai bunga rasmi bagi daerah Tawau. Bunga ixora dalam bahasa saintifiknya ialah Ixora coccinea manakala dalam masyarakat kita, ianya dikenali sebagai bunga jejarum atau bunga siantan.

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

30/06/2012

Mr Sabah 2012


Tawau menjadi tuan rumah dalam penganjuran Kejohanan Bina Badan Mr Sabah 2012 yang akan diadakan di Dewan Masyarakat Tawau Sabtu dan Ahad ini.

Ianya menjadi satu sejarah lagi buat Tawau dalam penganjuran ini, kerana belum pernah diadakan di sini yang pastinya akan menyuntik semangat belia untuk menceburi seni bina badan di daerah Tawau.

Berikut adalah info Mr Sabah 2012 di Tawau.

15 Tawau hulksters for Mr Sabah Championship

Tawau: Tawau team is set to give tough competition in the Mr Sabah 2012 Competition to be held in conjunction with the State level Bodybuilding Championship at the Tawau Community Hall on June 30.

Its organising chairman, Lim Teck Kiong said a total of 15 athletes from Tawau have confirmed their participation in the championship which will be held for the first time in the district, adding that they would participate in all 12 categories.

According to him, a total of 13 teams from nine districts comprising of 80 contestants will be participating in the competition, however these did not include participation from the Police, Fire and Rescue, Prisons Department and Kota Kinabalu City Hall.

He said the Minister of Youth and Sports Datuk Peter Pang En Yin will officiate the championship, which offers an attractive overall prize worth RM13,000 including the Champion of Champion Award.

He explained that winners of all 12 categories will represent Sabah at the Mr Malaysia competition.

The 12 categories are Junior Light, Junior Welter, Master, Light Fly Weight, Fly Weight, Bantam Weight, Light Weight, Light Middle Weight, Middle Weight, Light Heavy Weight, Heavy Weight and Champion of Champion.

"Tickets are RM10 per person," he said, adding that dinner tables worth RM1,000 and RM2,000 are also available.

Those interested to purchase the tickets may contact the Performance Master Gym at Kubota Square (019-801 6970), Tawau Youth and Sports Office (013 - 8761717), Tawau Municipal Hall (014- 353 0013) and the organising chairman (019 - 852 3232).

Daily Express

29/06/2012

Sabturani Pelukis 1Malaysia Tawau


Teruja dengan gagasan 1Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najb Tun Razak, menyebabkan seorang pesara swasta melukis lambangnya dipamerkan di merata tempat.

Jika berada di bandar ini akan dapat melihat lambang 1Malaysia itu yang dilukis oleh Sabturani Angsa, 64, terpampang di setiap jalan raya utama di sini, pada batu-batu besar, di tebing yang tinggi dan pada pokok kayu.

Jika memandu dari Lapangan Terbang Tawau ke bandar, anda akan dapat melihat lambang 1Malaysia ini dilukis menggunakan cat lengkap dengan slogan “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”, di tepi jalan raya sepanjang perjalanan menghala ke bandar.

Sabturani, seorang bekas Pembantu Kanan Trafik, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) menyelitkan kata-kata nasihat seperti “Hati-Hati Di Jalan Raya, Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tidak Berguna” pada lambang lukisannya itu.

“Gagasan 1Malaysia Perdana Menteri kita Datuk Seri Najb Tun Razak ini amat sesuai dengan jiwa saya. Pada tahun 1980an, saya wujudkan satu laman di tepi rumah yang saya namakan Pentas USBA iaitu ‘Untuk Semua Bangsa Agama’.

“Jadi, bila Perdana Menteri perkenalkan gagasan 1Malaysia ini, saya terus mendakapnya kerana ia amat selari dengan jiwa saya selama ini,” katanya yang berasal dari Kampung Batu Payung, dekat sini kepada Bernama.

Ramai yang setiap hari melihat lukisan cat ini tertanya-tanya siapa sebenar pelukisnya yang terdorong melakukan kerja ini sehingga turut menjadi bualan dalam facebook.

Sabturani yang bersara daripada MAS pada 2003 berkata beliau sukarela melukis lambang 1Malaysia itu sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan kerana disebabkan kerajaan hari inilah beliau dan anak-anaknya dapat mengecapi kehidupan yang baik dan aman.

Katanya, sebaik sahaja menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), wang itulah digunakannya sebagai modal untuk mengusahakan lukisan lambang 1Malaysia bermula dengan pokok-pokok kelapa di hadapan rumahnya yang berhadapan pantai.

Sabturani, yang tidak ada latihan khusus dalam bidang lukisan, mengakui agak sukar menyiapkan lukisan pada pokok namun kerana jiwa 1Malaysianya yang kuat, melukis tanpa menggunakan sebarang rangka.

Bermula dari situ jugalah ramai saudara maranya pula meminta beliau melukis lambang 1Malaysia itu di laman rumah, di atas bantu besar di tebing Sekolah Kebangsaan Kinabutan di Batu 6 di sini dan di Membalua.

Katanya, ketika sedang melukis di tebing bukit Hutan Simpan Membalua itulah, seorang rakan yang juga muallaf menghampirinya dan meminta beliau melukis pada tayar di hadapan premisnya.

Tanpa diduga ramai pihak termasuk pemimpin politik dan masyarakat, penjawat awam seperti pensyarah universiti tempatan tampil menghulurkan dana untuk mendorongnya terus melukis lambang 1Malaysia.

Sabturani melukis di sepanjang Jalan Apas hingga ke Batu 15, kira-kira 30 kilometer dari bandar, di jalan raya utama kawasan Air Panas, Jalan Utara dan jalan ke kawasan Tanjung Batu yang kini sudah berjumlah 1,000 lukisan..

“Saya akan terus melukis selagi ada kemampuan,” katanya.

– BERNAMA TAWAU, 21 Jun 2012